20 Januari 2020 - 18:47
Jen Soleimani Terus Kekal Sebagai Figur Inspiratif Kepada Muqawwamah Selepas Kesyahidannya: Zarif

Menteri Luar Iran, Mohammad Javad Zarif berkata almarhum Jeneral Pasukan Quds dari Pengawal Revolusi Islam Iran terus memberi inspirasi terhadap gerakan muqawwamah anti-hegemoni Amerika Syarikat walaupun selepas kematiannya.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Menteri Luar Iran, Mohammad Javad Zarif berkata almarhum Jeneral Pasukan Quds dari Pengawal Revolusi Islam Iran terus memberi inspirasi terhadap gerakan muqawwamah anti-hegemoni Amerika Syarikat walaupun selepas kematiannya.

Jeneral Soleimani bersama dengan rakan dan pengiringnya menemui ajal selepas konvoi mereka diserang oleh pasukan Amerika Syarikat di Iraq -tindakan yang disifatkan Tehran sebagai keganasan tajaan negara-. Laporan juga mengesahkan bahawa serangan itu dilancarkan selepas mendapat arahan langsung daripada Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.

Dalam satu mesyuarat di Tehran pada hari Isnin dengan rakan sejawatannya dari Venezuela, Jorge Arreaza, Zarif berkata, "Leftenan Jeneral Qassem Soleimani adalah tokoh utama dalam gerakan muqawwamah yang terus memberikan inspirasi terhadap pergerakan itu bahkan setelah kematiannya. "

Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada kerajaan dan warga Venezuela atas kenyataan simpati mereka terhadap Iran selepas pembunuhan Jeneral Soleimani dan nahas penumpang pesawat penumpang Ukraine baru-baru.

Pada 3 Januari lepas, Leftenan Jeneral Soleimani, pemerintah Pasukan Quds dari Pengawal Revolusi Islam Iran (IRGC), dan Abu Mahdi al-Muhandis yang merupakan Naib Ketua Unit Penggerak Popular (PMU) Iraq berserta pengiring mereka maut di Baghdad di dalam serangan dron A.S.

Sebagai respon, IRGC melancarkan peluru berpandu balistik pada hari Rabu lepas ke atas pangkalan udara Ain al-Assad A.S di barat Anbar dan fasiliti lain di Erbil yang mana kedua-dua pangkalan itu menempatkan tentera A.S. -Agensi